Wednesday, 12 October 2016

KONSEP PERPADUAN DI MALAYSIA


DEFINISI

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang ataupun sains kemasyarakatan.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.
'MALAYSIA memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara.
Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.
Tambahan pula, konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing. Persoalannya, bagaimana kita menangani isu ini secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.
Di kebanyakkan negara, persengketaan antara kaum lebih-lebih lagi berkenaan isu agama telah membawa peperangan yang berlarutan sekaligus membantut pembangunan ekonomi, sosial dan juga politik negara berkenaan.
Pergolakan Kaum Menggugat Kedaulatan Negara
Negara kita telah pun mencapai kemerdekaan selama 55 tahun, namun dalam soal perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum masih tidak lagi diselesaikan sepenuhnya.
Pada masa kini, hubungan yang harmoni sesama kaum dipandang ringan oleh sebahagian besar daripada kita. Menurut Datuk Mohd.Ariff Sabri Abdul Aziz, isu sensitif antara kaum dalam soal hak, warna kulit, kepercayaan agama dan budaya sering dipertikaikan.
Sebagai contoh, dalam insiden seorang pengetua sekolah menengah dan penolong pengarah sebuah agensi kerajaan yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis, mereka didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai pelajar-pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menyedihkan.
Walaupun terdapat sebab-sebab di sebalik kejadian tersebut, tetapi perkataan sedemikian yang dikeluarkan oleh seseorang yang berkelayakan tinggi telah menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat Cina dan India, seolah-olah mereka diperlakukan seperti warga negara kelas kedua.
Pada satu sudut yang lain pula, seorang bloger yang kemudian menjadi artis dan pengarah popular yang bernama Namewee sering kali menggubah lagu-lagu yang mengandungi unsur-unsur yang dilihat sebagai rasis oleh orang Melayu.
Tetapi Namewee dikatakan bertindak sedemikian hasil daripada pengalamannya yang tidak dilayan dengan wajar oleh pihak-pihak tertentu.
Filem kontroversinya ‘Nasi Lemak 2.0’ tidak menikmati penolakan cukai sebanyak 20% sebagaimana yang dinikmati oleh kebanyakan filem tempatan Malaysia yang lain walaupun filem tersebut berjaya menonjolkan konsep 1Malaysia dan telah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan di luar negara.
Ironinya, tiada sebarang pengecualian atau pengiktirafan yang diberikan walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (2011), menyokong dan berkata bahawa ‘Nasi Lemak 2.0’ merupakan filem 1Malaysia.
Justeru, ia membuktikan bahawa isu keharmonian antara kaum masih menjadi persoalan besar dan penyelesaian bagi masalah ini tidak ditemui lagi walaupun pelbagai usaha telah diambil.
Faktor-Faktor Berlakunya Ketidakharmonian Hubungan Antara Kaum
Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kenyataan di atas. Pertama sekali merupakan faktor sistem pendidikan yang berasingan.
Rakyat Malaysia terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India yang mempunyai bahasa ibunda yang berbeza dan sistem persekolahan yang tersendiri. Ini sekaligus memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda masing-masing. Misalnya, sekolah aliran kebangsaan akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Justeru, majoriti kaum Melayu yang akan menuntut di sekolah Melayu. Situasi ini menyebabkan interaksi para pelajar yang berbeza kaum dengan kaum yang berlainan sangat-sangat terhad.
Persefahaman antara satu sama lain juga tidak disampaikan dengan sepenuhnya. Tambahan pula, sejak kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19, selain bertujuan untuk mencari kekayaan, orang Cina tidak lupa akan tanggungjawab sosial mereka iaitu mendidik kanak-kanak Cina agar mereka mewarisi bahasa dan budaya etnik Cina.
Justeru, penubuhan sekolah vernakular Cina menjadi satu agenda penting kepada mereka (Tan Yao Sua, 2005:65). Selain daripada itu, ibu bapa yang tidak yakin terhadap sekolah kebangsaan tetapi menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan yang merasakan struktur pendidikan tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka juga menjauhi hubungan antara etnik.
Faktor yang kedua ialah keadaan politik di negara kita. Isu-isu mengenai bahasa, budaya, agama, kerakyatan dan ekonomi sering kali dijadikan isu oleh orang politik bagi tujuan tertentu. Teknik-teknik yang digunakan oleh orang politik berkenaan isu sensitif tersebut akan memberikan impak yang negatif kepada rakyat.
Setiap kaum akan cuba mempertahankan hak mereka bagi mendapatkan satu keadaan yang sama rata. Sebagai contoh, parti-parti politik tertentu cuba mengambil peluang untuk menimbulkan perasaan kurang senang hati di kalangan masyarakat dan seterusnya menyebarkan propaganda berkenaan isu perkauman.
Di samping itu, perbezaan nilai antara etnik juga mengakibatkan hubungan antara kaum bertambah rumit. Setiap kaum mempunyai budaya, kepercayaan dan bahasa yang berlainan. Justeru, setiap kaum akan mengamalkan ciri-ciri yang kemudiannya menjadi identiti diri mereka. Persoalannya apabila identiti mereka dipersoalkan, kesejahteraan dan keamanan negara akan terancam.
Oleh itu, setiap etnik cuba mengambil keputusan bagi mengurangkan interaksi antara satu sama lain. Impaknya jurang hubungan antara kaum semakin membesar.
Anggota etnik akan memilih etnik yang sama dengan mereka sebagai kawan mahupun rakan sekerja. Mereka mendapati sukar untuk mengadaptasikan diri dan menerima budaya etnik yang lain dan menganggapnya tidak akan memberi apa-apa faedah kepada mereka dalam kehidupan seharian.
Sebagai contohnya, sesetengah pensyarah di IPTA terpaksa mengagihkan ahli kumpulan kerja kursus dengan memastikan setiap etnik terdapat dalam sesebuah kumpulan itu.
Walaubagaimanapun, cara tersebut tidak memberikan kesan yang diingini kerana masalah komunikasi dan ketidakselesaan wujud di kalangan etnik. Masalah saling menyalahkan etnik-etnik tertentu akan wujud.
British telah menempatkan kaum-kaum tertentu kepada sektor-sektor ekonomi yang berbeza semasa Tanah Melayu masih dijajah. Misalnya, kaum Melayu telah ditempatkan di sektor pertanian yang berada di luar bandar. Sektor tersebut memerlukan sumber tenaga fizikal dan berteknologi rendah.
Bagi kaum Cina pula ditempatkan di sektor perdagangan atau perniagaan yang melibatkan teknologi tinggi. Manakala kaum India pula terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Agihan tersebut mengakibatkan jurang pendapatan antara kaum semakin ketara dan tidak seimbang.
Kaum Melayu dan India akan berhadapan dengan kemiskinan manakala kaum Cina akan terus mencari peluang-peluang perniagaan bagi mengukuhkan kemewahan mereka.
Perasaan tidak puas hati di antara etnik akan wujud. Justeru, ini akan menyebabkan etnik-etnik berusaha untuk mempertahankan hak-hak mereka serta kesaksamaan. Proses mempertahankan hak tersebut akan merosakkan hubungan kaum kerana masing-masing mahu menjuarai perjuangan mereka.
Kesan-Kesan Akibat Ketidakharmonian Antara Kaum
Hubungan ketidakharmonian antara kaum akan mengakibatkan negara kita berada di dalam keadaan yang tidak stabil. Hal ini akan mendorong kepada pergaduhan atau pertelingkahan antara kaum. Keadaan yang tidak stabil ini akan membimbangkan para pelabur.
Sekiranya, sesebuah negara mengalami suasana huru-hara, pelabur asing akan terasa bimbang terhadap modal yang dilaburkan juga tentang keselamatan perniagaan mereka di negara ini.
Kemerosotan ekonomi akan melambatkan proses perkembangan dan kemajuan negara kerana kehidupan rakyat yang derita akibat kenaikan harga barang secara mendatar dan kemunduran teknologi kerana tiada sumbangan modal daripada para pelabur di dalam mahupun dari luar negara.
Malahan, taraf hidup penduduk akan menjadi rendah akibat ketiadaan peluang pekerjaan. Oleh hal yang sedemikian, perpaduan di kalangan rakyat menjadi salah satu faktor penting dalam penjanaan ekonomi negara.
Mengancam Keselamatan Negara
Pertahanan bagi sesebuah negara juga banyak bergantung kepada rakyatnya. Secara langsungnya, hubungan tegang antara rakyat akibat daripada perselisihan sememangnya mampu menggugat keselamatan negara.
Hal ini demikian kerana hubungan yang harmonis di kalangan rakyat secara tidak langsungnya akan mewujudkan sebuah tembok pertahanan yang kukuh dan dapat menjamin keselamatan sesebuah negara.
Negara yang kacau bilau bukan sahaja terdedah kepada ancaman dari dalaman tetapi juga dari luar yang melihat ini sebagai peluang untuk campur tangan sekaligus membuka peluang untuk menguasai negara tersebut sama ada secara halus atau pun terang-terangan.
Menjejaskan Imej Negara
Bagi sebuah negara yang tidak aman, ia akan menjadi tajuk perbualan di peringkat global. Imej negara terjejas dan keadaan ini menjadi buruk apabila kita akan ditolak sama sekali untuk mengadakan kerjasama dengan negara-negara maju yang lain.
Negara akan menjadi mundur sementara negara-negara yang tidak mengalami pergolakan kaum akan mencapai kejayaan secara berterusan. Tanpa keamanan, negara tersebut sukar untuk melakukan sesuatu yang dapat membanggakan mahupun menarik perhatian negara lain.
Sebaliknya, jika perpaduan dan hubungan harmonis wujud antara rakyat, ia adalah simbol kejayaan di peringkat global. Dengan ini, sesebuah negara tersebut bukan sahaja akan disegani oleh negara lain malah akan menjadi model dan rujukan kepada negara lain.
Hubungan antara negara akan berjaya dianjurkan dan pelbagai peluang kerjasama akan wujud lalu membawa keuntungan ekonomi, sosial mahupun politik.
Langkah-Langkah Bagi Mengatasi Ketidakharmonian Antara Kaum
Sepanjang sejarah selepas kemerdekaan, isu bagi mewujudkan hubungan harmoni antara kaum telah menjadi isu yang tiada titik noktah. Kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar ke arah pembentukan integrasi nasional.
Antara dasar–dasar dan pelan tindakan khas kerajaan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971 – 1990 dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) 1991 – 2000, Dasar Wawasan Negara dan juga Program 1 Malaysia.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990 merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak semasa berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Dalam waktu yang membimbangkan ini, punca tercetusnya perusuhan itu dikesan dan langkah mengatasinya telah diambil. Penggubalan dasar ini bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dengan memperbetulkan ketidakseimbangan sosio – ekonomi antara kaum dan wilayah.
Ia juga diwujudkan untuk mempertingkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan sebagai usaha untuk membasmi perasaan tidak puas hati dalam masyarakat.
Bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, usaha diteruskan lagi dengan pelancaran dasar pembangunan nasional pada 17 Jun 1991. Dasar tersebut meneruskan pencapaian DEB dalam pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Objektifnya ialah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu dan mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil, maju, aman dan makmur berasaskan prinsip-prinsip perlembagaan dan rukun negara.
Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai Wawasan 2020 merupakan usaha kerajaan untuk mengembangkan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan meliputi aspek-aspek politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Menjelang tahun 2020, Malaysia diharapkan mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu di mana masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing.
Konsep 1Malaysia telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib pada 3 April 2009. Konsep 1 Malaysia ini memberi aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.
Konsep ini juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan Perdana Menteri iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”
Untuk mencapai kemajuan bagi negara,sikap penerimaan antara kaum membawa kepada perpaduan yang utuh perlu diamalkan. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
Persefahaman kaum juga dapat dipupuk secara berkesan menerusi pendidikan. Antara langkah yang dilakukan ialah dengan penubuhan sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum.
Sekolah wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah.
Mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepat integrasi nasional.
Selain itu, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga mampu mewujudkan keharmonian rakyat serta negara. PLKN dapat memupuk perpaduan nasional. Melaluinya, remaja pelbagai kaum akan ditempatkan bersama di bawah satu bumbung. Mereka akan bekerjasama untuk menjalankan aktiviti bersama-sama, berinteraksi dan bergaul mesra.
Dengan itu, mereka akan terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan. Selain daripada kerajaan yang bertanggungjawab mengekalkan keharmonian negara, masyarakat sendiri perlu turut memikul peranan penting dalam menjamin keharmonian negara berkekalan.
Media massa merupakan satu saluran yang dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai dengan efisien. Media massa boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik. Menurut L. John Martin, media massa merujuk kepada alat yang mewujudkan interaksi sosial, politik, dan ekonomi dalam ukuran yang lebih moden.
Media dapat menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan dalam sesuatu masyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002: xvii). Oleh itu, media memainkan peranan yang amat penting bagi memperbaiki hubungan antara kaum yang menjadi semakin buruk ini.
Media cetak seperti surat khabar, majalah dan buku membantu menyedarkan maklumat kepada masyarakat. Dengan memaparkan info mengenai sejarah, ciri-ciri kebudayaan dan agama kaum yang terdapat di dalam Negara kita dalam ruangan akhbar, orang ramai dapat mengetahui dan memahami perbezaan antara satu sama lain. Justeru, rasa hormat-menghormati antara satu sama lain akan ditimbulkan dalam hati setiap individu.
KONSEP ASAS PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Integrasi amat sukar untuk difahami kerana memerlukan pengorbangan dalam menjayakannya. Proses ini bukan mudah dicapai sekiranya masyarakat di Malaysia masih lagi mempunyai sikap berpuak-puak dan bersikap perkauman antara satu dan lain. Sebab itulah terdapatnya tiga konsep asas perpaduan dan integrasi nasional yang perlu kita fahami terlebih dahulu.




Asimilasi  - Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, asimilasi bermaksud pemaduan bermacam-macam atau jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu seperti pemaduan unsur-unsur daripada kebudayaan yang berlainan menjadi satu kebudayaan. Ini bermakna asimilasi merupakan satu proses dua kebudayaan dibentuk menjadi satu bentuk budaya yang baru bagi mengurangkan perbezaan etnik yang ketara. Masyarakat yang berfikiran secara berlainan akan bersatu dalam kebudayaan yang sama.. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti diwakili dengan formula A+B+C =A. Etnik minoriti iaitu B dan C akan mengamalkan bentuk kebudayaan A yang merupakan golongan dominan dalam sesebuah negara. Di Malaysia, sebagai contoh asimilasi bukanlah konsep perpaduan yang baru di Malaysia. Kita lihat sahaja, masyarakat Baba dan Nyonya menjadi rujukan terbaik hasil daripada proses asimilasi etnik Cina dengan kebudayaan Melayu. Pada zaman Kesultanan Melaka dan Kesultanan Johor-Riau asimilasi suku Orang Laut berlaku apabila dalam perkahwinan campur berlaku menyebabkan Suku Mah Meri, suku Orang Kanaq, suku Orang Kuala dan suku Orang Seletar dikategorikan oleh Malaysia sebagai orang asli Malaysia. Pada hari ini kita dapat melihat orang Cina dan India berbaju kurung dan ini tidak memberi pandangan yang sinis oleh orang Melayu. Berkat daripada sistem pendidikan kebangsaan, generasi muda bukan Melayu begitu fasih berbahasa kebangsaan.




Amalgamasi  - Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Terori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. Di Malaysia, proses amalgamasi yang dapat kita lihat pada masa kini adalah masyarakat Serani iaitu perkahwinan campur antara orang Portugis dan Melayu.



Pluraliti  - Pluraliti ataupun majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yg mem punyai satu pengertian. Masyarakat majmuk bermaksud ~ masya rakat yg terdiri daripada beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa.Pluralisme budaya bukan fenomena baru dalam Alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (yang diwakili oleh Portugis, Sepanyol, Belanda dan British) dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke 5 Masihi lagi. Pertembungan dan pertemuan budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena social yang istimewa dalam Alam Melayu iaitu fenomena kepluralitian budaya.




FAKTOR-FAKTOR  YANG  MEMBAWA  KEPADA  PERPADUAN  DAN  KEMASYARAKATAN  DI  MALAYSIA


Malaysia merupakan Negara yang sedang membangun bukan sahaja dari bidang pertanian , perindustrian , sukan dan lain-lain . Malaysia dikategorikan sebagai Negara yang istimewa kerana mempunyai pelbagai kaum utama iaitu Malayu,Cina ,India dan sebagainya. Perkembangan Negara yang pesat beserta dengan keadaan yang keistimewaan ini memboleh kan Negara Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi  dengan Negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat, Jepun,China termasuklah Negara jiran Singapura .Kejayaan Negara Malaysia mengekalkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum sejak merdeka hingga kini amat mengagumkan.Usaha Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum tidak membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguh konsep dan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia . Konsep  ini telah wujud semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri.Gagasan 1Malaysia ini secara jelasnya megutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan Negara tanpa mengira kaum dan agama , iaitu usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara yang menganut pelbagai budaya dan agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan dan agama. Dengan menghayati konsep ini, kebajikan setiap kaum dapat dijaga , malah dipenuhi . Misalnya, dari segi pendidikan , semua pelajar diberi biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara automatic untuk melanjutkan pelajaran sekiranya mendapat keputusan cemerlang , yakni 9A+ dalam pepriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , tanpa mengira warna kulit atau status kaum.Dalam bidang kesihatan pula , kerajaan memperkenalkan Klinik 1Malaysia yang diwujudkan untuk membolehkan setiap warganegara Malaysia menikmati khidmat perubatan yang baik dengan kos bayaran yang rendah, serendah RM1.





Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk menelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham.Rakyat Malaysia disemai semangat kkekitaan, iaitu sebagai warganegara Malaysia, kita merupakan satu keluarga. Justeru, masyarakat yang berbilang kaum dinasihati supaya tidak mengkritik kaum dan agama yang lain. Jurang ekonomi atau jurang status kehidupan penduduk juga dikurangkan.











    

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DALAM DI MALAYSIA


Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakatan dan Negara keseluruhannyamelalui ideology Negara supaya tiap-tiap anggota masyarakatan dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan Negara.Sejak merdeka lagi,kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita .Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini.Tanpa perpaduan, kemajuan Negara yang ingin dicapai untuk wawasan 2020tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia adalah;




1.     Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di Negara kita seperti cina,melayu,india,kadazan dan sebagainya. Peribahasa “rambut sama hitam, hati lain lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai  warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan wujudnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat,barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama  dapat tercapai. Olehhal yangdemikian,sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa,”bulat air kerana pembentung, bulat airkerana muafakat".

          





2. Selain itu,dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi Negara.Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia , penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka.Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan.Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa”bersatu kita teguh ,bercerai kita roboh”.nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi Negara.

Kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.

No comments:

Post a Comment